Sekolah daif: Ketua Menteri diberi taklimat

0
707

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah diberikan taklimat mengenai fasa 1 projek Pembaikpulihan 37 sekolah daif di bawah peruntukan sebanyak RM1 bilion oleh Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Pembaikpulihan Sekolah Daif Sarawak pagi tadi.

Sekolah-sekolah tersebut merangkumi SK Kujang Mawang, Serian, SMK Balai Ringin, Serian, SK Anchi, Miri, SK Beluru Central, Miri, SK KG Baru, Kapit, SK Abun Matu, Belaga, SK Abang Amin, Maradong, SK Nanga Tada, Kanowit, SMK Rosly Dhoby, Sibu, SK Nanga Gayau, Betong, SK Melugu, Sri Aman, SK Nanga Meluan, Julau, SK Pendam, Samarahan, SK Sg Sepiring/Sg Tepus, Selangau, SK Nanga Machan, Kanowit, SK Grogo, Bau, SK Kpg Senari, Kuching, SK Lebur Remun, Serian,SK Tebelu, Simunjan, SK SLDB No.1, Mukah, SK Sg Tisang, Bintulu, SK Sg Setiam, Bintulu, SK Bario, Baram,SK Sambir, Samarahan, SK Long Pelutan, Baram, SK Kuala Serupai, Tatau, SK Labang, Sebauh, SK Nanga Kesit, Lubok Antu, SK Kambug, Padawan, SK KG Bobak/Sejinjang, Bau, SK Ulu Kakus, Tatau, SK Sg Lemaus, Subis, SK Long Busang, Belaga, SK Adin, Sarikei, SK Raba, Simunjan, SK Bulan Jeragam, Simunjan dan SK Hj Junid, Saratok.

Beliau berharap projek tersebut akan dilaksanakan sehingga hujung tahun ini.

Abang Johari melahirkan penghargaan kepada ahli jawatankuasa tersebut, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran di atas komitment mereka di dalam memastikan insiatif pembaikpulihan sekolah daif tersebut demi kebaikan pelajar.

Tender projek tersebut telah dibuka dan jawatankuasa teknikal projek akan menghantar laporan perlaksanaan projek kepada Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Negeri yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Emas dan Menteri Kerja Raya Baru Bian.ends

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here