KUCHING – Polis Sarawak hari ini mengesahkan video yang viral adalah tangkapan orang awam bagi satu kes penipuan nombor ramalan palsu yang dilaporkan pada 26/8/2019.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata tangkapan orang awam ini dibuat di MJC Batu Kawa pada 27/8/2019 dan diserahkan kepada polis pada jam lebih kurang 3.30 petang.

“Kes Penipuan ini melibatkan kerugian RM17,000. Mangsa lelaki berusia 70 tahun,” kata Mustaffa.

Kedua dua saspek yang ditangkap adalah warganegara Malaysia yang menyamar sebagai warganegara Indonesia.

“Konon mereka rakyat Indonesia tak boleh tebus wang RM300 ribu yang dimenangi,” jelas Mustaffa.

Modus Operandi yang digunakan oleh suspek ialah mangsa diberitahu bahawa mereka menang nombor ramalan RM300,000.

Mangsa dijanjikan RM20 ribu.

Mangsa diminta membuka akaun bank, nombor pin dan kad ATM diserah kepada suspek.

“Apabila mangsa menyemak akaun dapati RM17,000 miliknya telah hilang dari akaun,” kata Mustaffa.

Menurut Mustaffa mangsa ditunjukkan slip nombor ramalan yang disyaki palsu

“Dua suspek yang ditahan adalah lelaki warga Malaysia Sarawak berumur 63 dan 54 tahun,” tegas beliau.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here