Kilang haram: Empat lelaki ditangkap

0
928

SRI AMAN: Empat lelaki ditahan di Pusa, Bahagian Betong dalam serbuan berasingan ke kilang kayu haram oleh sepasukan anggota dan pegawai Cawangan Risik Batalion 10 Pasukan Gerakan Am Sibu semalam.

Serbuan yang dilakukan bersama pihak SPRM dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) itu dilakukan di tiga lokasi berbeza di Kampung Beladin Hulu dan satu lokasi di Jalan Maludam antara antara pukul 3 dan 6 petang semalam.

Pelbagai barangan memproses, papan lapis dan kayu pelbagai saiz yang dianggarkan bernilai RM186,000 dirampas

Pegawai Pemerintah BN 10 PGA Sibu Supt. Sanuddin Md Isa dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kesemua saspek ditahan kerana telah mengaku sebagai pemilik kilang kayu yang telah diserbu itu dan gagal menunjukkan sebarang dokumen yang berkaitan dengan kilang kayu milik mereka.
Kes disiasat mengikut Akta Ordinan Hutan Sarawak 2015.

Saspek yang berusia antara 40an dan 50an serta rampasan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan Wilayah Sri Aman untuk tindakan lanjut.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here