Dayak Indonesia minta dialog pemindahan ibu kota

0
556

PONTIANAK: Perwakilan Tetap Penduduk Pribumi Suku Dayak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat Andrew Ambrose Atama Katama, mendesak kerajaan Republik Indonesia mengadakan dialog dengan kaum itu berhubung perpindahan ibu negara ke wilayah Kalimantan Timur (KALTIM).


Andrew dalam satu kenyataan yang diterima Tribunpontianak.co.id. hari ini berkata, Menteri Perancangan Pembangunan Nasional, Bambang Brodjonegoro sebelum ini bersetuju untuk mengadakan dialog bersama etnik.


“Semasa bertemu beliau di New York baru-baru ini, Bambang bersetuju mengadakan dialog khas dengan etnik Dayak. Saya sekarang sedang menyelia perkata ini dengan pihak di Jakarta,” katanya.


Andrew menambah, Kementerian Perencanaan Pembangunan Nasional Republik Indonesia tetap dibawah seliaan perwakilan tetap Penduduk Pribumi Suku Dayak di PBB.


“Perpindahan ibu negara ke KALTIM bukan sahaja memberi kesan terhadap orang Dayak di Indonesia malah kaum Dayak di Malaysia dan Brunei Darussalam.”


Beliau yang secara umum amat positif pemindahan ibu negara Indonesia ke Pulau Kalimantan berkata, namun rancangan pembangunan itu perlu dibuat berdasarkan keadilan bagi kaum Dayak.

“Kita tidak mahu pertembungan peradaban sosial, ekonomi, politik, budaya dan ekosistem ini akan merugikan semua pihak.Bukan saja di Indonesia, tapi juga di Malaysia dan Brunei Darussalam.”


Masyarakat Dayak juga mahu Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo melibatkan mereka dalam perancangan dan perlaksanaan perpindahan ibu negara dari Jakarta ke KALTIM.

“Jika pelan pembangunan itu tidak sama rata ke atas kaum Dayak, ini akan menimbulkan pertembungan tamadun sosial, ekonomi, politik, kebudayaan, dan ekosistem yang boleh membahayakan semua pihak, termasuk di negara jiran,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here