Pan Borneo : 9 km lagi siap dalam 3 bulan

0
167

Tatau: Jalan raya sepanjang 9 kilometer (km) dari sebahagian projek jalan raya Jambatan Sungai Arip ke Simpang Lapangan Terbang Bintulu (Pakej Kerja 09) dijangka siap dalam tempoh tiga bulan akan datang.Ianya terbahagi kepada 5km di bahagian Bintulu manakala 4km di Tatau.

Pengurus Projek LBU untuk Jambatan Sungai Arip-Simpang Lapangan Terbang Bintulu (Pakej Kerja 09) Lawrence Low berkata, jalan raya tersebut merupakan projek selepas projek jalan raya 12 km yang telah dibuka sejak bulan Julai lepas.

“Dengan pembukaan jalan raya pertama, kerja pembinaan boleh diteruskan ke jalan kedua yang bersebelahan dengan projek pertama ini.

“Kerja pembinaan untuk Pakej Kerja 09 ini merangkumi dua seksyen iaitu Seksyen Bintulu dengan jarak 34 km dari Tatau ke simpang Lapangan Bintulu dan seksyen Tatau, 30km dari Sungai Arip ke Tatau,”ujarnya.

Beliau berkata, pakej pembinaan projek ini dilaksanakan kontraktor utama, KKB WCT JV Sdn Bhd.Dalam pada itu, Lawrance turut menjelaskan kerja pembinaan jalan berkembar di Jambatan Batang Tatau sepanjang 486.35 meter dijangka siap menjelang November tahun ini.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here