KUCHING – Seorang aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi mendedahkan hari ini terdapat institusi pengajian yang membenarkan hukuman hingga menjirus air najis kepada pelajarnya jika melakukan kesalahan berat atau melarikan diri daripada tempat pengajian berkenaan.

Dalam surat kebenaran tersebut yang dimuat naiknya juga menunjukkan ia merupakan institusi di Kuching, Sarawak meskipun ia cuba dipadamkan.

Terdapat lima hukuman ditetapkan iaitu dirotan 60 kali dibelakang, dibotakkan kepala, disimbah air najis, dijemur selepas Zohor hingga Asar dan tiada sijil berhenti bagi yang tidak melanjut pengajian.

Menurut Syed Azmi dalam akaun Facebooknya, dia benar-benar mahu mengenali ibu bapa yang membenarkan tindakan sebegitu dikenakan kepada anak mereka.

“Untuk kes laporan ini, semua tindakan susulan telah dibuat dan kita tunggu dan lihat tindakan lanjut.

“Saya berharap ini bukannya borang rasmi sebab tak masuk akal ada mana-mana institusi membuat pendekatan sedemikian,” jelasnya.

Tambahnya, adakah mana-mana agama memberi tatacara penggunaan air najis sebagai bentuk hukuman.

Menurut Syed, perkara itu bukan salah institusi tetapi orang pelaksana yang merasakan ok dan ibu bapa membenarkan ia berlaku untuk anaknya atau orang lain.

Dalam pada itu, warga netizen juga merasakan hukuman berkenaan berlebihan dan melampau.

Menurut Nor Hamizah Armd, Nabi tak pernah ajar pun anak dididik sebegitu.

Bagi Ain Diyana, dia mempersoalkan adakah hukuman itu benar-benar berlaku.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here