SIBU – Seorang lelaki tempatan yang melakukan penipuan perkhidmatan ubah suai rumah dan pemasangan grill tingkap mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara dengan 13 sebatan di Mahkamah Majistret Sibu hari ini.

Tertuduh didakwa dengan 13 pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, tertuduh, Wallace Putang Nyalau, 36 telah menipu 8 orang mangsa di sekitar Sibu, pada Ogos 2019 ini.

“Setelah menerima wang dari mangsa, tiada kerja-kerja dijalankan oleh tertuduh

.”Jumlah kerugian yang dialami kesemua mangsa sebanyak RM38,040,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pendakwaan itu dibuat Pegawai Pendakwa Insp. Awang Iswandi dan Insp. Badrul Iskandar Selamat di hadapan Majistret Muhammad Faizal Che Saad dan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

“Tertuduh ketika pendakwaan tidak diwakili peguam,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here