Selfie, sambil periksa tekanan darah

0
400

TORONTO – Selepas ini, sambil selfie seseorang itu mungkin boleh memeriksa tekanan darah sendiri.

Perkembangan ini setelah sekumpulan penyelidik menguji teknologi dikenali sebagai pengimejan optik transdermal yang mengukur tekanan darah dengan menguji perubahan aliran darah dalam video wajah anda.

“Kajian itu menunjukkan video wajah mempunyai maklumat tentang tekanan darah sistolik,” kata profesor di Universiti Negeri Michigan, Ramakrishna Mukkamala yang dilaporkan Gulf News.

Cahaya sekeliling yang menembusi lapisan luar kulit manusia membolehkan sensor optik digital pada telefon pintar untuk menayangkan dan mengekstrak corak aliran darah.

Corak aliran darah tersebut akan digunakan oleh teknologi pengimejan optik transdermal untuk meramalkan tekanan darah.

Kajian diterbitkan dalam jurnal Circulation: Cardiovascular Imaging itu menguji aliran darah sebanyak 1,328 orang dewasa warga Kanada serta China dengan merakam video berdurasi dua minit menggunakan telefon pintar iPhone yang dipasangkan perisian teknologi pengimejan optik transdermal.

Penyelidik mendapati secara puratanya, teknologi pengimejan optik transdermal meramalkan tekanan darah sistolik adalah hampir 95 peratus tepat dan tekanan darah diatoslik bersama tekanan nadi adalah 96 peratus tepat. 

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here