MAJU HOLDINGS cadang ambil alih PLUS secara rasmi – Baru Bian

0
285

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya ada menerima kertas cadangan secara rasmi daripada pihak Maju Holdings cadangan pengambilalihan PLUS sebelum ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, namun begitu, pihaknya masih lagi dalam proses menilai kebolehlaksanaannya dan cadangan-cadangan yang dikemukakan termasuk tawaran menarik yang melibatkan pengurangan kadar tol.

Katanya, seperti yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam kenyataannya pada 22 Ogos lalu, kerajaan masih belum lagi membuat keputusan mengenai cadangan Maju Holdings-PLUS, atau apa-apa cadangan lain mengenai pengambilalihan mana-mana lebuh raya bertol.

“Kementerian Kerja Raya akan membentangkan dalam masa terdekat, Kertas Kerja Hala Tuju Lebuh Raya Bertol di Malaysia sewaktu sidang Kabinet pada awal bulan hadapan.

“Pembentangan kertas kerja ini adalah berdasarkan kepada laporan muktamad yang disediakan oleh perunding bebas pada Januari lalu,” jelasnya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah Baru, hanya selepas keputusan Kabinet dibuat, kerajaan akan mempertimbangkan semua cadangan mengenai pengambilalihan lebuh raya bertol di negara ini, termasuk Tawaran Maju Holdings-PLUS.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here