KUCHING – Seorang bekas jurujual, TANG CHENG CHONG, 38, dan Pengurus Cawangan Syarikat, VOON JOON CHUNG, 43, dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pecah amanah dibawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang dilakukan sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, laporan polis terhadap Cheng Chong telah dibuat pada 8 Julai 2016.

Katanya, Cheng Chong ketika itu yang menguruskan kutipan dari cawangan-cawangan telah menyalahgunakan hasil dan tidak menyerahkannya.

“Kejadian itu menyebabkan kerugian sebanyak RM13,356.11.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan Cheng Chong diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Andrew Steward di talian 012-8228005 atau ASP Simon Renang (016-8547803),” jelasnya.

Sementara itu, Mustafa memberitahu, pihaknya juga menerima laporan kes Joon Chung pada 25 September 2015.

“Dia dikatakan tidak merekodkan transaksi jualan dan menyerahkan wang hasil jualan kepada syarikat berjumlah RM135,540.70 untuk kegunaan peribadi.

“Sebarang maklumat berkaitan JOON CHUNG, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Lai Hwa Yen di talian 016-7815839 atau ASP Simon Renang (016-8547803),” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here