Politeknik Metro Betong Fun Run Berjaya

0
527

BETONG: Seramai 195 peserta telah menyertai Jalur Gemilang Fun Run 2019 anjuran Politeknik Metro Betong Sarawak(PMBS) yang terpaksa menempuh jarak larian sejauh 5 kilometer di Bandar Betong hari ini.

Dalam larian tersebut Lam Sui Heng yang menyertai acara yang sama pada tahun lalu telah menjuarai untuk tahun kedua berturut-turut dalam masa 23 minit 2 saat.

Naib juara jatuh kepada Sia Yee Fong yang mengambil masa 23 minit 10 saat manakala Amdan Ali ditempat ketiga setelah menamatkan masa selang 21 saat kemudian.

Masing-masing ditempat keempat dan kelima Foong Zhi Roong (23 minit 40 saat) dan Si Yong Tong (23 minit 56 saat).

Turut diberikan Anugerah Khas bagi peserta yang lahir pada tahun 1957 iaitu Mohamad Eddie dan Chong Fong Cheow.

Selain itu, hadiah untuk Peserta Cilik turut diberikan kepada Alastair Sia Hao Tian.

Hadiah untuk peserta Wanita Pertama yang sampai ke Garisan Penamat dinobatkan kepada Priscilla Si Sinya manakala hadiah untuk Peserta Terakhir diberikan kepada Jawat Danggat @ Jawat.Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pengarah PMBS, Suhaili Aleh.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here