Pemandu lori terkena renjatan elektrik

0
616

MIRI: Seorang pemandu lori nyaris maut selepas kenderaan dikendalikannya mengalirkan arus elektrik sejurus gandar di bahagian belakang mengenai kabel elektrik di Jalan Lambir Miri petang semalam.


Pada kejadian kira-kira 5 petang itu, Wesley Sawan anak Kasau, 50, hanya mengalami luka terbakar tahap dua.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Abg Muhammad Fhazil berkata, sebanyak 7 anggota menggunakan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) atau Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bergegas setelah teriam panggilan berkaitan kejadiaan pada jam 5.04 petang.


“Ketika keja-kerja memunggah pasir dilakukan, tiba-tiba gandar bahagian belakang lori mengenai kabel elektrik dan telah menyebabkan tayar lori itu terbakar,”katanya.


Jelasnya, sebelum pihak bomba tiba di lokasi, api pada keempat-empat tayar telah padam, manakala ganda bahagian belakang telah turun secara automatik dan mangsa telah dikeluarkan oleh rakan sekerja.


Mangsa telah diberi rawatan awal dan seterusnya di bawa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 5.40 petang.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here