Syabu RM20 bawa padah

0
1063

BAU – Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Bau menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah di Kampung Serikin, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, DSP Poge Nyaon berkata, serbuan tersebut dijalankan sekitar pukul 11 pagi.

“Pemeriksaan terhadap pemuda berusia 22 tahun itu menemukan satu tiub straw warna kuning yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 0.12 gram dianggar bernilai RM20 di dalam poket kecil bahagian hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai.

“Suspek kemudiannya ditahan dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana ujian saringan awal polis mendapati spesimen urin turut positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah Poge, pemuda itu juga dimohon reman daripada hari esok.

“Sekiranya disabit kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) dia boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak leblh 5 tahun dan denda RM100,000 manakala dibawahSeksyen 15 (1)(a) boleh didenda sehingga RM5000 atau penjara tidak lebih 2 tahun dan Perintah Pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun,” ujarnya lagi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here