BERLIN – “Saya hanya mahu memandu sekejap,” kata kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun sebelum menangis kepada anggota polis di Jerman kelmarin.

Menurut kanak-kanak itu lagi, dia berhenti selepas pemanduan lajunya membuatkan tidak berasa sihat.

Pihak polis berkata, kanak-kanak tersebut telah curi-curi memandu kereta keluarga dengan membawa hingga kelajuan 140 kilometer sejam, dari rumahnya di Soest.

Katanya, kanak-kanak itu ditemukan pada laluan kawasan rehat A44 menuju ke bandar Dortmund pada awal pagi hari sama.

“Kanak-kanak lelaki itu kemudian telah menghidupkan lampu kecemasan dan meletakkan segi tiga amaran kecil dibelakang kereta yang dipandu.

“Tiada kerosakan harta dan orang yang tercedera dalam perjalanan singkat kanak-kanak itu,” katanya seperti dilaporkan BBC.

Terdahulu, ibu kanak-kanak itu melaporkan kepada polis bahawa anaknya telah memandu kereta keluarga jenis Volswagen Golf dari rumah mereka sekitar pukul 12.25 tengah malam.

Dia dilaporkan sebelum ini pernah memandu kereta pada kawasan persendirian dan sering membawa go-kart dan ‘bumper car’.

Sekitar pukul 1.15 pagi, ibu kanak-kanak itu memberitahu pihak berkuasa dia telah menemukan anaknya di kawasan rehat laluan berkenaan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here