Apa guna jawatan Menteri Pengangkutan Sarawak, tiada jalan?

0
807

KUCHING – DAP mempersoalkan kewujudan portfolio baharu Kabinet Sarawak iaitu Menteri Pengangkutan yang dilihat tiada keperluan.

Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, David Wong Kee Woan berkata, kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai Menteri Pengangkutan yang mana berada dibawah kuasa mereka.

Jelasnya, berbanding Menteri Pengangkutan Sarawak, ia hanya pada nama.

“Ia diwujudkan untuk menenteramkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) setelah kehilangan portfolio kewangan

“Apa guna Menteri Pengangkutan, portfolio baharu diwujudkan? Menteri Pengangkutan Sarawak tiada apa guna kerana tiada jalan (ke kawasan luar bandar),” katanya dalam rakaman nota suara, di sini sebentar tadi.

Semalam, Datuk Lee Kim Shin yang dahulu sebagai Menteri Muda Pelancongan, kesenian dan Kebudayaan dinaikkan sebagai Menteri Pengangkutan.

Tambah David, barisan Kabinet baharu itu juga mencerminkan bahawa Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak yakin untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, dia melihat Abang Johari bersedia untuk menjadikan gabungan dengan PH bagi membentuk kerajaan jika GPS tidak mendapat majoriti mudah.

“Barisan Kabinet Sarawak menyebelahi sebelah pihak. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendominaso kesemua jawatan penting, lapan daripada 11 porfolio, SUPP hanya dua, Parti Rakyat Sarawak (PRS) satu dan Parti Demokratik Progresif kosong.

“Abang Johari yang merupakan Presiden PBB melayan SUPP, PRS dan PDP sebagai adik kecil. Ia tidak menunjukkan gabungan atau perkongsian kuasa dalam GPS,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here