Wanita tercampak keluar kereta

0
328

MIRI – Seorang wanita nyaris maut selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandu hilang kawalan lalu terbalik di Kilometer 2 Jalan Miri-Bintulu di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri, Pegawai Kanan Bomba II (PBKII), Abg Muhammad Fhazil Abg Abdul Manaf berkata, sebanyak tujuh anggota menggunakan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 1.38 pagi tadi.

Katanya, maklumat yang diperolehi menyatakan kereta dipandu Nur Syafiqah Maidi, 22, dalam perjalanan balik kerja dari Marina Bay menghala ke Taman Bumiko telah hilang kawalan lalu terbalik dan tebabas ke laluan bertentangan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari keretanya lantas mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala,” katanya dalam laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak sebentar tadi.

Tambahnya, mangsa telah diberi rawatan awal dan seterusnya dibawa ke Hospital Miri oleh pihak kesihatan dengan menggunakan ambulans.

“Pasukan Bomba telah membuat kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak dan serpihan kaca di tempat kejadian dan operasi tamat pada jam 2.08 pagi,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here