Orang Awam dilarang ceroboh projek Jalan Ngemah-Temalat

0
1465

KUCHING -Orang ramai diingatkan agar tidak menggunakan laluan Projek Jalan Ngemah-Temalat yang masih lagi dalam pembinaan ketika ini.

Menurut Pengurus Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Wilayah Tengah, Cassidy Morris, ia berikutan atas dasar keselamatan pengguna jalan raya itu sendiri.

“Ia masih dalam pembinaan dan belum bersambung yang mana amat berbahaya.

“Projek bernilai RM79 juta itu merupakan ‘missing link’ sepanjang 9.6 kilometer kepada laluan Kanowit-Song-Kapit (RM 700.78 juta) nanti,” katanya.

Terdahulu, Cassidy telah melawat tapak pembinaan Projek Jalan Ngemah-Temalat pada 21 Ogos lalu.

Projek Jalan Ngemah-Temalat dijangka siap pada Ogos 2020.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here