BETONG: Sejumlah RM14,000 keseluruhan wang tunai bakal menjadi rebutan pada kejohanan bolasepak Liga Betong H2 2019 dan Piala Timbalan Ketua Menteri 1(TKM1) anjuran Persatuan Bolasepak Bahagian Betong(BDFA).

Terhad kepada 10 pasukan, penyertaan yang dibuka sejak 8 Ogos lalu akan di lanjutkan sehingga 29 Ogos ini dan sepak mula liga dijadualkan pada 3 September ini.

Kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Betong(BDFA), Nelson Kloni Kanang yang ditemui.

Katanya, sasaran sebanyak 10 pasukan bagi menyertai kejohanan tersebut masih belum dipenuhi.

Oleh itu, penyertaan akan dilanjutkan sehingga tarikh yang ditetapkan bagi memberi peluang penggiat sukan bolasepak di negeri ini untuk mencongak perancangan dan strategi sekaligus memberi peluang untuk mengetengahkan bakat belia yang menggemari permainan ini.

Menurutnya penyertaan agak dingin, tidak seperti tahun-tahun lalu dimana selalunya ada sahaja pasukan yang baharu cuba menyertai dengan penajaan daripada syarikat-syarikat tempatan.

Apapun mungkin kekurangan dana syarikat yang sering menjadi penaja selain prestasi pasukan negeri yang terumbang ambing mungkin melemahkan semangat pemain untuk menyertai kejohanan.

Walau bagaimanapun, Nelson yang memimpin BDFA sejak sekian lama mengharapkan kebangkitan belia tempatan dalam kancah bolasepak dinegeri ini memberi nafas baharu dan dapat mengembalikan kegemilangan bolasepak Sarawak.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here