Dua lelaki ditangkap miliki 320 biji Nospan

0
635
Jenayah, PDRM

Dua lelaki berusia 34 dan 39 tahun ditahan di sebuah kedai tidak bernombor di Lorong Cathay, Jalan Khoo Hun Yeang, Kuching kerana dipercayai memiliki 320 biji pil Nospan yang dianggarkan bernilai RM200.


Mereka yang beralamat di Kampung Tamadak dan Taman Peony di Jalan Matang ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuching pada 1.20 petang semalam.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, P/Supt. Hasnir Abdul Hamid, pil tersebut dijumpai di dalam 20 paket plastik lutsinar di atas rak kaca kedai berkenaan.


Semakan mendapati kedua-dua jurujual tersebut tidak mempunyai kes lampau dan saringan air kencing mereka didapati negatif dadah.


Mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Sentral, Kuching untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Nospan ialah sejenis ubat batuk yang mengandungi bahan aktif Dextromethorphan dan mengikut Akta Racun 1952, ianya hanya boleh dibekalkan oleh professional kesihatan iaitu doktor dan ahli farmasi untuk tujuan rawatan sahaja.

Namun, ubat ini sering disalahgunakan terutamanya di kalangan remaja untuk mendapatkan kesan khayal kerana ia boleh memberi kesan halusinasi pada pengambilan dos tinggi seperti ketamine dan phencyclidine (PCP).


Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua lelaki itu boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here