BETONG: Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan N36 Layar berperanan penting dalam usaha melonjakkan pencapaian serta keputusan terbaik dalam ujian dan peperiksaan awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar.

Usaha tersebut termasuk mencari dana bagi menyediakan sumber pembelajaran dengan membekalkan buku rujukan UPSR, PT3, SPM dan STPM kepada sekolah-sekolah dan memberikan kepada murid-murid.

Dalam masa yang sama, ADUN Layar, Gerald Rentap Jabu bertindak selaku tulang belakang kepada usaha murni tersebut apabila melengkapkan dana yang mencukupi bagi pembelian buku-buku terbabit.

Sumber rujukan tersebut telah diagihkan kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam DUN Layar oleh Pengetua SMK St Augustine Betong, Paul Langgang.

Beliau yang juga Pengerusi jawatankuasa terbabit mengharapkan sumbangan tersebut sebagai langkah terbaik kearah membina kecemerlangan pelajar sekaligus mampu melonjakkan keputusan mereka.

Sebanyak 10 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah menerima sumbangan tersebut dengan lebih 7,000 pelajar mendapat manfaat daripada program tersebut.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here