KUCHING – Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan FAC Matang, Kampung Selang Ulu pada malam tadi.

Suhana Binti Yunus, 33 dari Kampung Jaya Bakti, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian yang berlaku pada lebih kurang 11.58 malam itu.

Mangsa dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu oleh seorang wanita berusia 21 yang bergerak lurus dari arah Jalan FAC Matang menuju ke bandaraya Kuching.

Menurut KETUA Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here