Rumah tentera terbakar

0
1016

Seunit rumah keluarga angkatan tentera (RKAT) Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kem Pakit di Sri Aman musnah dalam kebakaran pagi hari ini.


Kebakaran di tingkat tiga salah sebuah flat di kem tersebut disedari semasa pihak Bomba dan Penyelamat Sri Aman sedang melakukan pemantauan ke atas satu kebakaran disebabkan oleh lampu kalimantang di bahagian dapur kantin di kem tersebut.


Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan namun kerosakan yang dialami di unit tersebut adalalah 100 peratus.


Kebakaran tersebut dipercayai berlaku akibat litar pintas.


Sebelum itu, sebuah jentera dengan lapan anggota, sebuah EMRS dengan dua anggota dan satu kenderaan pacuan empat roda dengan tiga pegawai bomba tiba di kem itu pada 9.40 pagi selepas menerima panggilan kebakaran di dapur kantin.


Walau bagaimanapun, kebakaran di dapur itu telah dipadamkan sebelum ketibaan pihak bomba.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here