Penagih berusia 62 tahun dihantar ke pusat pemulihan

0
890


Miri: Seramai 13 orang penagih berumur 24 hingga 62 tahun diperitahkan menjalani rawatan dan pemulihan kerana positif dadah jenis Methampetamine @ syabu dan disahkan oleh makmal patologi Hospital Umum Kuching.

Kesemua mereka dirujuk kepada pegawai perubatan dan disahkan penagih.

Perintah dijatuhkan oleh Majistret MD Syafique Bin MD Hilmie di Mahkamah Batu Niah semalam.


Lapan orang didakwa mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan) 1983.

Kesemua tertuduh diperintah menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan dadah Kuching.

Semua penagih berasal dari Bekenu dan Niah.

Selebihnya, termasuk seorang warga emas berumur 62 tahun, didakwa di bawah Seksyen 6(1)(b) Akta penagih Dadah (Rawatan dan pemulihan) 1983, iaitu perintah pengawasan dalam komuniti.


Semua OKP disabitkan penagih perlu menjalani pengawasan selama dua tahun di AADK Daerah Daerah Miri manakala yang menjalani pemulihan di pusat pemulihan perlu melapor diri di AADK selepas bebas daripada pusat pemulihan.


Dalam kes berasingan, seorang Ibu berumur 36 tahun dijatuhkan perintah menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (CCRC) Bachok, Kelantan oleh Mahkamah Majistret Miri.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here