KUCHING: Usahawan dan pemilik jenama kosmetik Sarawak kini boleh mengilang produk mereka di negeri ini, selain khidmat nasihat R&D, pengilangan dan pendaftaran produk dibawah satu bumbung.

Sophia Taha Holdings Sdn Bhd, (STHSB) syarikat berpangkalan di Kuching melalui cawangan pengilangannya mengumumkan bahawa fasiliti pembuatan kosmetiknya kini dibuka untuk pengilangan kontrak atau jenama sendiri.

Beroperasi di Taman Perindustrian Demak Laut ia merupakan yang pertama seumpamanya di Sarawak, dan STHSB melalui kilang bertaraf GMP dan berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), bersedia membantu usahawan kosmetik dan kecantikan tempatan membangunkan produk mereka.

Jenama kosmetik “Homegrown” kini trending di kalangan usahawan dan sedang meningkat.

Pengarah Urusan STHSB, Dayang Sophia Abang Taha berkata,melalui kilang kosmetik itu usahawan tempatan boleh mengeluarkan produk mereka pada harga yang kompetitif dan memaksimakan keuntungan.

“Kami akan membantu pelanggan kami dengan pendaftaran produk dan segala perkara berkaitan keperluan regulatori produk mereka,” katanya.

Katanya, terdapat peningkatan jumlah usahawan kosmetik di Sarawak, menawarkan produk diformulasikan dari bahan mentah yang banyak atau hanya didapati di bahagian ini di dunia.“

Usahawan ini mempunyai minat mendalam dalam mengusahakan produk mereka dan kami bersedia menghulurkan sokongan dari segi R&D dan pengilangan produk mereka”.

“Pihak kami bersedia untuk menawarkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran kami dalam membangunkan produk mereka,”ujarnya.

STHSB merupakan pemilik jenama Meliponi, produk kosmetik Madu Kelulut selain jenama Madu Kelulut dan Kopi Propolis Melii Kelulut yang sudah dieksport ke pasaran Jepun.

Usahawan yang berminat boleh menghubungi pihak STHSB MELALUI Email sophiatahaholdings@yahoo.com

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here