Sarawak Report perlu minta maaf, Awang Tengah

0
437

KUCHING – Editor bagi Sarawak Report diminta menarik balik dakwaan fitnah dan salah terhadap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dikatakan terlibat dengan konspirasi penipuan keputusan mahkamah RM285 juta dalam tulisan artikel pada 27 Julai lalu.

Menurut Awang Tengah, Sarawak Report perlu dan mengeluarkan kenyataan maaf mengikut terma beliau secepat mungkin.

Katanya, beliau baharu saja kembali dari luar negara dan kini berpeluang memberi respons terhadap dakwaan berniat jahat berkenaan.

“Dakwaan itu tidak berasas dan fitnah semata-mata. Saya ingin menjelaskan bahawa tiada salah laku dilakukan saya atau mana-mana pegawai kerajaan yang menjalankan tugas awam bagi kepentingan negeri.

“Pertikaian sama ada Tanjung Tiara telah membangunkan sepenuhnya kawasan penanaman 90.6% telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuching yang difailkan liquidator (penyelesai) atas nama Tanjung Tiara Sdn. Bhd. vs Kerajaan, beberapa Menteri Negeri dan pegawai Jabatan Tanah dan Survei,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mengikut rekod Pendaftaran Tanah, tanah itu masih didaftarkan dibawah nama Tanjung Tiara Sendirian Berhad tetapi subjek kepada halangan berikut iaitu bayaran memihak kepada Ha Tiung Nuing dan Chan Yitt Fong berdasarkan Perintah Mahkamah dan pemilikan tanah diberikan oleh Tanjung Tiara kepada syarikat lain, Osun Timber Sdn Bhd menurut Perintah Mahkamah pada 18 November 2016.

Sehubungan itu, Awang Tengah memberitahu, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tidak menipu Tanjung Tiara dalam soal tanah berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes itu juga masih menunggu keputusan Mahkamah Tinggi dalam beberapa isu permulaan perundangan.

“Justeru itu, saya tidak patut membuat komen dalam isu dan pertikaian dalam Mahkamah Tinggi kerana ia subjudis.

“Biarlah Mahkamah Tinggi membuat keputusan atas pertikaian yang dibawa oleh liquidator dan sama ada terdapat sebarang kesalahan sama ada Tanjung Tiara atau defendan.

“Saya menyerahkan kepada Mahkamah untuk menentukan sama ada artikel dikeluarkan Sarawak Report sebagai penghinaan mahkamah,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here