Jabatan Tanah dan Survei patah cubaan pindah bahan batuan tanpa kelulusan

0
277

KUCHING: Unit Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei berjaya mematahkan aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan yang dilakukan di bandaraya ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata,dalam operasi yang dilaksanakan semalam, sebanyak dua
buah jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan
telah disita sebagai bahan bukti.

“Aktiviti ini berjaya dikesan hasil daripada rondaan yang dilaksanakan.

“Kes akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81),” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan/pemindahan bahan batuan ini adalah dinasihatkan untuk
merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran
untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here