Remaja maut langgar MPV

0
266

PADAWAN – Remaja berusia 16 tahun maut namun rakannya terselamat setelah motosikal ditunggang dilanggar sebuah MPV yang membuat pusingan U di lampu isyarat Batu 12, Jalan Kuching/Serian petang tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu, mangsa datang dari arah Serian manakala MPV yang dipandu Fazidah Mohd Taw bergerak lurus dari arah Batu 11 menuju ke Kuarters TUDM.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, Muhammad Taufik Hidayah Hamidy disahkan maut ditempat kejadian ekoran cedera parah di kepala bagaimanapun pembonceng, Mohd Windi Haiqal Razak, 16, hanya cedera ringan.

“MPV itu telah membuat pusingan U setelah lampu isyarat berwarna hijau namun berlanggar dengan mangsa.

“Mangsa maut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) dan rakannya juga dibawa ke hospital sama bagi menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kes itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagi sesiapa yang menyaksikan kemalangan itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Iman Ho MinYi pada talian 012-2620018 untuk membantu siasatan,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here