Rumah dua tingkat terbakar

0
312

SARATOK – Sebuah rumah dua tingkat dilaporkan terbakar yang berlaku di No 2181, Jalan Kampung Melango Baru, di sini sebentar tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kebakaran dilaporkan berlaku pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

“Pelapor memaklumkan kebakaran didapati bermula dari tingkat atas rumah berkenaan.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bersama sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here