14 hilang rumah dalam kebakaran

0
215

SARATOK – Seramai 14 penghuni kehilangan tempat tinggal selepas dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Melango Baru, di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nazry Mohamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 12.15 tengah hari.

Katanya, seramai lapan anggota dibantu empat pegawai bomba bantuan yang tidak bertugas dengan sebuah jentera Fire Rescue Tander (FRT) bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati api sudah merebak ke rumah kedua sebelum kebakaran itu berjaya dikawal 33 minit kemudian.

“Rumah pertama yang dihuni lima orang bagaimanapun pada masa kejadian hanya anak saudara perempuan pemilik rumah Majuri Awi sahaja berada di sana.

“Seorang mangsa, Norfaizah, 27, ketika kejadian sedang memasak dikejutkan dengan bunyi bising di luar rumah menjerit berlaku kebakaran di tingkat atas sebelum berlari keluar menyelamatkan diri,” jelasnya.

Menurutnya lagi, rumah kedua yang dihuni sembilan penghuni namun kejadian hanya lima orang sahaja di sana dan berjaya menyelamatkan diri.

“Kita menggunakan dua aliran tiga ratus kaki dan salur bantu mula telah berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran dan operasi tamat pada jam 1.42 petang.

“Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here