KDN tubuhkan pasukan petugas khas

0
267

KUCHING – Tidak ada lagi keperluan untuk meneruskan Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan Sarawak ketika ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kementeriannya dan jabatan berkaitan akan menguruskan soal kewarganegaraan yang berada dibawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

“Ia dibawah hal Persekutuan, yang lepas itu dibuat untuk membantu tapi sekarang ini kita sudah adakan pasukan khas.

“Jadi kita kira tidak mahu membebankan kerajaan negeri dan kita jalankan tugas itu sendiri,” katanya ketika diminta mengulas keputusan tidak meneruskan jawatankuasa di peringkat Sarawak, sebentar tadi.

Tambahnya, keputusan itu telah dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan akan dijelaskan sekali lagi ketika pertemuan bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebentar tadi.

“KDN telah menubuhkan satu pasukan petugas-petugas khas di peringkat ibu pejabat utk menyelesaikan semua perkara berkaitan kewarganegaraan termasuk yang datang dari Sarawak.

“Oleh itu, pasukan petugas di KDN ini diberi satu tanggungjawab untuk menyegera dan menyelesaikan semua perkara berkaitan permohonan kewarganeraan dan kita jangka sebahagian besar dapat diselesaikan akhir tahun ini,” jelasnya.

Muhyiddin berkata, selebihnya akan diselesaikan dalam tempoh segera.

“Cumanya saya turut memohon kerjasama kerajaan negeri dan ahli berhormat yang boleh membantu kalau ada berbangkit soal kewarganegaran di peringkat Sarawak boleh bawa terus kepada Pengarah negeri di Sarawak atau terus ke pusat.

“Maka cara begini boleh membantu kita menyegerakan lagi sekali proses permohonan yang dikemukakan,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here