Penantian 16 tahun penduduk Siburan berakhir

0
266

SIBURAN: Penantian penduduk selama 16 tahun berakhir apabila pembinaan
Klinik Kesihatan Siburan telah diluluskan.

Klinik baharu dibina di belakang bangunan Eastern Mall, Siburan yang menelan kos sebanyak RM28.7 juta akan siap sepenuhnya pada Disember 2021 dan perlaksanaannya telah dimulakan bulan Jun lalu, dikendalikan oleh kontraktor Welfield Services Sdn Bhd dengan tempoh kontrak ditetapkan 30 bulan.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye berkata, klinik yang sedia ada beroperasi sejak tahun 1964 merupakan bangunan kayu dua tingkat.

“Lebih 50, 000 penduduk sekitar kawasan ini mendapatkan perkhidmatan kesihatan di sini,” katanya ketika mengadakan sidang media selepas menghadiri Upacara Pecah Tanah Sempena Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Teja CR dan Kuarters Siburan, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, projek itu meliputi Klinik Ibu dan Anak, makmal, kecemasan, imejan, jabatan pesakit luar, farmasi, sokongan, pendaftaran dan kuarters untuk kakitangan.

“Sehingga hari ini kehadiran pesakit mencecah 285 orang sehari dan klinik ini berjaya memberi perkhidmatan yang menyeluruh termasuk perkhidmatan pakar dan perkhidmatan sokongan seperti makmal dan rehabilitasi,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here