Manfaafkan Food Bank Siswa

0
196

KUCHING: Pelajar diminta memanfaatkan Food Bank Siswa yang disediakan di Kolej Komuniti Kuching terutama kepada pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan.

Pengarah Kolej Komuniti Kuching, Technologies (Ts.) Fadil Aziz berkata, program Food Bank Siswa itu merupakan inisiatif Bahagian Pembangunan Pelajar (BPP) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan Food Bank Siswa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Negara ini.

“Kita merakamkan penghargaan kepada individu dan pihak yang bermurah hati memberi sumbangan bagi mengisi ruangan Food Bank Siswa yang diletakkan di ruang rehat pelajar,”katanya ketika berucap melancarkan Food Bank Siswa kepada pelajar Dewan Serbaguna di sini, hari ini.

Pegawai Pembangunan Pelajar, Puan Norshafiza Zakaria pula berkata, beliau menjemput dan mengalu-alukan pihak individu, syarikat dan komuniti setempat yang sudi memberi sumbangan mahupun tajaan berbentuk wang tunai, makanan dan minuman untuk diletakkan di Food Bank Siswa tersebut bagi bersama membantu pelajar yang memerlukan.

Program Food Bank Siswa merupakan program yang diperkenalkan oleh KPDNHEP yang bagi membantu pelajar yang berasal daripada golongan B40 yang sedang mengikuti pengajian di IPTA. 

Program tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail pada bulan Mac yang lalu.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here