Berhati-hati ada buaya

0
314

MIRI: Penduduk yang tinggal berhampiran tali air di Kampung Tudan Desaras diingatkan agar tidak melakukan aktiviti berhampiran parit besar bagi menggelakkan serangan buaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk kampung yang melihat tiga ekor buaya di kawasan tali air tersebut beberapa hari lalu.

“Tahun lepas, seorang budak lelaki berusia lapan tahun maut selepas diserang oleh buaya dan lemas, kira-kira satu kilometer dari kawasan ini.”

“Justeru saya nasihatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti menangkap ikan, membiarkan anak-anak mereka bermain atau mandi di situ,” katanya semasa melawat salah satu lokasi buaya kelihatan di Tudan Desaras hari ini.

Turut serta pegawai dari Sarawak Forestry Corporation. Berikutan kejadian itu, satu papan tanda ancaman buaya didirikan sebagai amaran kepada penduduk terutama kanak-kanak agar menjauhi kawasan terbabit.

Lee turut meminta SFC menangkap buaya tersebut.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here