UiTM Sarawak terima 2,800 pelajar baru

0
985

KOTA SAMARAHAN: Seramai 2800 orang pelajar baharu mendaftar di Universiti Teknologi Mara(UiTM) Sarawak Kampus Samarahan, Samarahan 2 dan Kampus Mukah pada Sesi Julai 2019.

Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa Diploma (Interim) Sesi Julai 2019 telah
disempurnakanTimbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Madya Dr. Mohammad Isa Mohamadin mewakili Rektor UiTM Sarawak, Profesor Dato Dr Jamil Hamali di dewan Jubli, Kampus Samarahan, di sini, hari ini.

Berucap di majlis itu, beliau meminta pelajar memanfaatkan sumber dan peluang yang ada sepanjang menimba ilmu di universiti untuk membentuk jaringan interaksi sosial yang berkesan dan menggunakan segala kemudahan yang ada secara optimum serta menekankan aspek-aspek dari segi meningkatkan pencapaian akademik, kebajikan serta membina keperibadian atau sahsiah yang murni.

“Libatkan diri secara aktif dengan aktiviti universiti tanpa menjejaskan prestasi akademik, jangan bersikap pasif, sentiasa tawarkan diri untuk ikut serta secara sukarela bagi program anjuran universiti.

“Dalam mengejar kecemerlangan, kita perlu mengubah budaya kita yang mana lebih mengutamakan perkara yang mudah daripada cuba mengatasi cabaran,” katanya.

Beliau berkata,tidak ada jalan pintas untuk seseorang mencapai kejayaan dalam kehidupan.

“Kita akan lebih menghargai kesenangan di kemudian hari sekiranya kita menghadapi kesusahan dan cabaran dengan usaha yang gigih dan tanpa berputus asa.

“Kesusahan inilah yang akan mendidik kita menjadi seorang yang bersifat kental, bersemangat tinggi dan tidak mudah mengalah dalam apa juga situasi kehidupan,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here