KEKITA UiTM Sarawak hulur bantuan kepada warga Long Busang

0
348

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak melalui Kelab Kakitangan UiTM Cawangan Sarawak (KEKITA) telah menghulurkan bantuan kepada warga Long Busang di Hulu Empangan Bakun di Belaga yang ditimpa bencana banjir besar pada bulan Jun yang lalu.

Sumbangan berupa wang tunai daripada Kelab Kakitangan UiTM Cawangan Sarawak (KEKITA) tersebut telah disampaikan oleh wakil KEKITA UiTM Sarawak, Dr. Mohd Khairol Jambli yang juga merupakan wakil Pengurusan UiTM Sarawak.

Program itu merupakan program anjuran bersama Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pengarah Pejabat Mufti.

Sumbangan telah diserahkan kepada Ketua Kaum Long Busang,Haji Yusof.

Untuk sampai ke Long Busang, rombongan telah menempuh perjalanan yang sukar dan lama kerana Long Busang terletak di Kapit.

Perjalanan menggunakan bot ekspress mengambil masa 3 jam dari Bandar Sibu sebelum meneruskan perjalanan darat selama 6 jam dari Bandar Kapit.

Walau bagaimanapun, kegembiraan warga Long Busang menerima kunjungan dan sumbangan derma dari warga yang prihatin melebihi segala kesukaran tersebut.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here