Warga emas meninggal dunia semasa mencari sayur

0
232

MIRI – Warga emas yang dilaporkan hilang oleh anaknya semalam telah dijumpai meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mangsa, Lai Song Kong, 72 tahun dilaporkan hilang selepas beliau keluar ke hutan yang berhampiran Kampung lopeng untuk mencari sayur pada jam 4 petang semalam.
Mayat beliau dijumpai 120 meter dari lokasi kereta mangsa.
Apabila beliau tidak balik sekitar jam 6 petang, usaha mencari dilakukan oleh anak mangsa dan menemui kenderaan Perodua kancil milik mangsa yang parkir ditepi jalan iaitu kira-kira dua kilometer dari laluan utama yang berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Lopeng.
Usaha mencari oleh anak mangsa gagal lalu menghubungi Pasukan Bomba untuk bantuan.

Operasi SAR dimulakan pada jam 8 pagi tadi.

Usaha mencari mangsa melibatkan 10 anggota Bomba, dua anggota polis, tiga ahli jawatankuasa penduduk dan lima ahli keluarga mangsa.

Mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here