Taman Budaya ditutup kepada orang ramai

0
244

KUCHING: Taman Budaya akan ditutup kepada orang ramai sehingga kawasan itu benar-benar bebas daripada ancaman anjing liar.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, pihaknya kini giat melakukan tangkapan terhadap anjing liar di taman tersebut.

 “Ini akan dilakukan dengan kerjasama bersama pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Orkid Asia Pasifik Ke-13 (APOC13) 2019 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Semalam tular di media sosial seorang pengunjung Taman Budaya digigit anjing liar di taman berkenaan ketika melakukan aktiviti senaman.

Menjelas lanjut, katanya, pihaknya mengenal pasti sebanyak lima ekor anjing berkeliaran di kawasan itu.

“Kita telah pasang perangkap, tetapi belum ada lagi tangkapan anjing liar dilakukan,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here