Sorok rokok seludup dalam tandas

0
592

MIRI: Taktik seorang peniaga menyembunyikan rokok seludup di dalam tandas tidak berjaya mengaburi mata pihak Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata,dalam serbuan jam 2.30 tengah hari, semalam, pihaknya telah
melakukan serbuan dan merampas rokok pelbagai jenama di sebuah kedai bertempat di
Sungai Tujuh.

“Hasil
pemeriksaan pasukan telah berjaya menemui sejumlah rokok pelbagai jenama yang dipercayai belum lulus kastam yang terdapat di kedai berkenaan.

 “Individu terlibat disyaki menjual rokok yang belum lulus kastam kepada pelanggan beliau, malah sebahagian rokok yang dijumpai disembunyikan di dalam tandas kedai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,seorang perempuan berumur 23 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Sebanyak 29,156 batang rokok pelbagai jenama telah dirampas yang
 melibatkan anggaran nilai sebanyak RM 3,648.32 dan jumlah cukai sebanyak RM 21,693.29,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here