Polis buru remaja kerana rogol OKU

0
378
 

SERIAN –  Polis sedang memburu seorang remaja 17 tahun yang dipercayai merogol seorang wanita kelainan upaya (OKU) di Kampung Jenan hingga mengandung, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandi Anis berkata, kejadian tersebut diketahui selepas ibu mangsa membuat laporan polis baru-baru ini.

“Mangsa menyatakan jirannya telah merogol dia ketika ibunya tiada di rumah.

“Mangsa berusia 24 tahun merupakan OKU lembab pembelajaran juga telah melahirkan bayi lelaki di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Khamis lalu,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here