Anwar Ibrahim batal lawat Sarawak

0
206
Tamat permukiman… Gambar dari FB Anwar Ibrahim 

KUCHING – Lawatan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuching yang dijadualkan esok (22 Julai) telah dibatalkan ketika ramai melihat pergolakan yang berlaku dalam parti itu.

Lapor Borneopost, Setiausaha PKR Sarawak, Vernon Kedit dalam kenyataan hari ini berkata, program ‘Jelajah Presiden ke Sarawak’ telah dibatalkan.

“Maklum bahawa program pada Isnin, 22 Julai ini dibatalkan sehingga pemberitahuan lanjut,” katanya.

Ketika ditanya lanjut, Vernon memberitahu, pembatalan program itu disebabkan ‘pertindihan dan perkara penting yang tidak disangka dalam jadual padat presiden parti’.

Pembatalan itu berlaku ketika dilihat pergolakan dalam parti antara dua pasukan iaitu penyokong Anwar dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali.

Terdahulu, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyatakan beliau berpihak di sebelah Azmin ketika ditemu bual The Star yang mana dia tidak akan menandatangani kenyataan menyokong Anwar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita enam ketua negeri PKR sehingga 19 Julai telah menandatangani kenyataan sokongan Anwar.

Laporan juga melaporkan Baru tidak menghadiri PKR Retreat di Port Dickson pada 19 Julai hingga hari ini.

Banyak pemimpin tinggi PKR yang dilihat berpihak kepada Azmin tidak kelihatan pada retreat berkenaan yang dianjurkan bagi mencari penyelesaian masalah dihadapi parti.

Mereka tidak hadir termasuk Azmin sendiri, Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dan Ali Biju, Ketua Wanita, Haniza Talha dan Timbalan Ketua Pemuda, Muhammad Hilman Idham dan Naib Pengerusi PKR Sarawak, Willie Mongin.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here