Harimau Jantan berjaya ditangkap

0
232

DUNGUN – Harimau Belang yang berkeliaran di Bukit Besi telah berjaya ditangkap oleh Jabatan PERHILITAN.

“Harimau tersebut berada dalam keadaan sihat di bawah pemantauan Pegawai Veterinar dan kakitangan Jabatan dan dijangka akan dipindahkan ke NWRC secepat mungkin,” kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Operasi mencari dan menjejak seekor lagi harimau yang didakwa masih di kawasan hutan berdekatan masih diteruskan.

” Orang Awam adalah diingatkan agar berhati-hati di kawasan tersebut dan segera melaporkan kepada Jabatan PERHILITAN di talian Hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 jika terjumpa dengan hidupan liar tersebut,” nasihat beliau.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here