Peragut diberkas orang awam

0
344

KUCHING: Polis menahan seorang suspek yang meragut beg tangan seorang wanita di sebuah kedai makan di Jalan Song dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Awang Din Awang Ghani berkata, mereka menerima laporan selepas video berkaitan ragut itu tular di media massa.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku semasa mangsa sedang duduk makan, tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan terus merampas beg tangan pengadu yang diletakkan di atas kerusi ditepi tempat duduk.

Pengadu terus mengejar suspek dan berlaku tarik menarikĀ  beg dengan suspek sehingga pengadu jatuh terseret yang mengakibatkan kecederaan luka di bahagian kaki dan tangan.

Selepas itu, suspek terlanggar sebuah kereta Perodua Myvi putih dan terjatuh dan ditangkap orang awam.

Bertindak dari maklumat yang diterima, polis pergi ke tempat kejadian dan menangkap semula suspek yang telah ditangkap oleh orang awam.

Suspek berusia 25 tahun dari Kampung Ulu Tabuan adalah penganggur dan mempunyai rekod terlibat dengan kesalahan curi dan dadah.

Polis turut merampas sebuah beg tangan yang mengandungi dokumen penting, sebuah telefon bimbit serta wang milik mangsa.

Sebuah motosikal milik suspek jenis Yamaha LC 135 Juga telah dirampas.

Kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Kami memuji tindakan orang awam yang telah berjaya menangkap saspek dalam kes ini. Walau bagaimanapun orang ramai jangan sampai mengadili kesalahan saspek dijalanan.”

“Kekerasan minima boleh digunakan untuk memastikan saspek selamat ditangkap seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here