Love Sarawak Through History

0
341
BINTULU, 18 Julai-Sempena Sambutan Hari Sarawak 2019,
Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri akan menganjurkan Program Love Sarawak
Through History yang akan mengandungi beberapa aktiviti seperti Kuiz – 20 Julai
2019 di SMK Bintulu, Pengisahan – 20 Julai 2019 di SK Agama (Majlis Islam
Sarawak), Mewarna  pada 21 Julai 2019 di The Springs dan Forum pada 21
Julai 2019 di The Springs.
Objektif Pertandingan Kuiz Sempena Hari Sarawak Peringkat
Negeri 2019:
Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai
Sejarah Sarawak dan perkembangan semasa dalam kalangan peserta.
Mendedahkan golongan belia kepada aspek kebudayaan,
ekonomi dan sosial Sarawak.
Menyemai semangat kesefahaman dan setia kawan dalam
kalangan generasi muda bakal pemimpin dan peneraju masa depan Sarawak.
Meningkatkan minat membaca dan kaedah pencarian maklumat
dalam kalangan peserta.
Mendedahkan aplikasi Kahoot kepada warga sekolah dan
murid
Tema pertandigan adalah sejarah sarawak dulu hingga
sekarang dan generasi masa akan depan.
Kumpulan sasaran para pelajar Tahap 1 Sekolah Menengah
yang melibatkan pelbagai kaum di Sarawak.
Pertandingan Pengisahan Tokoh Kemerdekaan Sarawak pula
bertujuan menggalakkan pelajar menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai
peristiwa – peristiwa bersejarah dan juga tokoh – tokoh yang telah diiktiraf
kejayaan dalam mencapai kemerdekaan Sarawak sebagai satu usaha pendidikan
berterusan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pembinaan negara bangsa dan
jati diri masyarakat di Sarawak.
Ia juga untuk mewujudkan ruang yang boleh digunakan oleh
generasi muda untuk mengungkapkan pandangan, pendapat dan manifestasi peribadi
mengenai program – program pengisian kemerdekaan yang
telah dilaksanakan oleh para pemimpin negara dan juga
tokoh – tokoh yang berjuang demi Sarawak.
Disamping itu, ianya memupuk dan menyuburkan semangat
integrasi nasional antara wilayah, suku kaum, budaya, agama dan kepercayaan
melalui rentetan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh Sarawak semasa berjuang
menentang penjajahan dan membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan
bermaruah.
Tema ialah Tokoh Kemerdekaan Sarawak dan kumpulan sasaran
adalah pelajar-pelajar Tahap 2 Sekolah Rendah yang melibatkan pelbagai kaum di
Sarawak.
Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Sarawak
bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam bidang seni dan menanamkan
rasa cinta terhadap Negeri Sarawak, dapat melahirkan generasi yang seimbang
berdasarkan falsafah pendidikan  kebangsaan menjurus kepada jasmani emosi
rohani dan intelektual (jeri) dalam aktiviti kesenian yang sihat serta
bermoral, menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni yang ada pada
murid prasekolah dan memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat
seni yang ada pada mereka. 
Yang terlibat ialah murid prasekolah berumur 6 tahun ke
bawah, murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dan murid Tadika Kemas,
Tadika Perpaduan dan Tadika Swasta di Bahagian Bintulu.
Objektif dan tujuan pertandingan Forum Remaja sempena
Hari Sarawak 2019 ialah memberi kesedaran dan pengetahuan tentang penubuhan dan
sejarah Negeri Sarawak seterusnya menanam semangat cintakan negeri, memupuk
perasaan bangga dan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh dalam memperjuangkan
kemerdekaan negeri Sarawak, menanam perasaan cintakan negeri Sarawak dalam
kalangan generasi muda terutamanya para pelajar di sekolah, mewujudkan dan menggalakkan
penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah yang akhirnya akan
melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang baik dan berkesan dari segi
tatabahasa, sebutan dan gaya.
Ianya juga bertujuan melahirkan pelajar yang berkeyakinan
tinggi dan berketerampilan serta berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah
fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, menggalakkan penglibatan
semua pelajar dalam kegiatan koakademik dengan bimbingan guru dalam mencari
idea yang berna
Objektif dan tujuan pertandingan Forum Remaja sempena
Hari Sarawak 2019 ialah memberi kesedaran dan pengetahuan tentang penubuhan dan
sejarah Negeri Sarawak seterusnya menanam semangat cintakan negeri, memupuk
perasaan bangga dan menghargai pengorbanan tokoh-tokoh dalam memperjuangkan
kemerdekaan negeri Sarawak, menanam perasaan cintakan negeri Sarawak dalam
kalangan generasi muda terutamanya para pelajar di sekolah, mewujudkan dan
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah yang
akhirnya akan melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang baik dan
berkesan dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.
Ianya juga bertujuan melahirkan pelajar yang berkeyakinan
tinggi dan berketerampilan serta berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah
fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, menggalakkan penglibatan
semua pelajar dalam kegiatan koakademik dengan bimbingan guru dalam mencari
idea yang bernas dan fakta yang tepat tentang tajuk yang dibincangkan. 
Secara tidak langsung pertandingan ini membina hubungan
kerjasama antara sesama pelajar, dan pelajar dengan guru, meningkatkan imej dan
sinergi MESTR melalui kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,
sekolah-sekolah yang terlibat dan para penaja.
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah
kerajaan Tingkatan 4, 5 dan 6 di seluruh sekolah Bahagian Bintulu, Sarawak.

Majlis penutupan dan penymapaian hadiah akan
diadakan pada 21 Julai di The Spring Mall oleh Dr Annuar Rapaee, Menteri Muda
Pendidikan, Sains dan Teknologi dan Penyelidikan Sarawak.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here