GPS bina sendiri Jambatan Lassa dan Jambatan Batang Paloh

0
326
Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi  turun padang untuk melihat sendiri perkembangan dua projek pembinaan jambatan di kawasan pesisir oleh Kerajaan Sarawak – Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh.
Projek jambatan sepanjang 2.43 kilometer yang dijangka siap dalam tempoh 48 bulan dengan kos RM597.58 juta itu merupakan “The Missing Link” yang menyukarkan penduduk daerah Daro selama ini.
“Jambatan Muara Lassa,Daro adalah sebahagian dari rangkaian jalan pesisir Sarawak yang dibina oleh Kerajaan GPS Sarawak. Jambatan ini dibina dalam jangkamasa 48 bulan(4 tahun). Panjangnya adalah 2.43 KM (manakala jalan tuju atau approach roads menuju ke jambatan tersebut adalah sepanjang 200 meter di sebelah Pulau Bruit & sepanjang 400 meter di sebelah Pekan Daro) akan menghubungkan jalan raya di Pulau Bruit dengan Pekan Daro dan merupakan jambatan kedua terpanjang di Sarawak apabila siap kelak selepas jambatan Batang Lupar (5.1 KM),” kata Julaihi.
Lawatan ini diadakan selepas Julaihi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa “Majlis Pecah Tanah Bagi Jambatan Muara Lassa” di pejabat Daerah Daro sebelah pagi tadi.
Hadir sama YB Abdullah Saidol, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap ADUN Semop, YB Shafiee Ahmad ADUN Daro, Timbalan Residen Mukah, Abdul Halim Abdullah, Penolong Pengarah JKR, John Aten Juruperunding Jasa, Kontrektor Pekerjaan  Piasau Konkerit Sdn Bhd, Toh Chee Leong, Jurutera JKR Bhg Mukah dan lain2 ketua jabatan dari Bahagian Mukah
Majlis pecah tanah itu dijangka akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 21 Ogos depan.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here