Wanita termakan lipas, sembur spray dalam mulut ?

0
398

CHINA – Seorang wanita dipercayai telah dikejarkan ke hospital selepas menyembur racun serangga ke mulutnya kerana ingin memastikan lipas yang ditelan secara tidak sengaja betul-betul mati.

Dalam rakaman video yang telah tular di internet, wanita itu didapati mencapai satu tin penyembur racun serangga dan melepaskan semburan tepat ke dalam mulutnya dalam kuantiti yang membimbangkan.

Semasa menerima rawatan di hospital, dia mendakwa seekor lipas telah masuk ke mulutnya dan kerana terkejut, die terus menelan lipas itu.

Perbuatan tidak masuk akal wanita itu dilakukan dalam keadaan panik dan dia tidak berfikir panjang semasa mencapai semburan berkenaan.

Pelbagai reaksi netizen memberi komen terhadap wanita itu dengan kebanyakannya mengecam perbuatan bodoh itu.

Malah ada juga menuduh perbuatan itu adalah disengajakan semata-mata untuk menarik perhatian ramai.

Lepas ini, yang suka menguap luas-luas, jaga-jaga ya, termasuk apa-apa nanti jangan mengatal nak spray pulak…

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here