Unimas perlu bangun teknologi manfaatkan Sarawak, KM

0
346

KUCHING – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diharap dapat membangunkan teknologi dan seterusnya dapat digunakan bagi manfaat rakyat dan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi tersebut juga dapat diimplimentasi agar bergerak maju dalam teknologi maklumat.

“Dari segi implimentasi teknologi, pada perspektif saya China begitu pantas yang mana mereka belajar dan melaksanakannya.

“Justeru itu, saya berharap UNIMAS juga mempunyai teknologi dan kita akan melaksanakannya dalam usaha kita maju kehadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan The 11th International Conference on Information Technology in Asia 2019 (CITA 2019) di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, tiga kawasan trend bagi masa depan iaitu kecerdasan buatan (AI) yang menjadi kunci utama, sensor dan teknologi cloud.

“AI merupakan pemacu utama kita dalam perjalanan digital.

“Sistem AI sememangnya dapat menambah baik cara kita melakukan sesuatu perkara dan saya sedang melihat perkara ini,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here