DOPPA Rayu Pertimbangan Kerajaan Sarawak dan Bantuan Pusat

0
309
Rita Insol

KUCHING – Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) menyeru kerajaan Sarawak untuk mengkaji semula cukai jualan terhadap minyak sawit mentah (CPO).

DOPPA dalam kenyataan berkata, cukai dikenakan dibawah Ordinan Cukai Juala Sarawak 1998 sebanyak 2.5% jika harga CPO lingkungan RM1,000-RM1,500 per tan dan 5%  melebihi RM1,500.

Katanya meskipun cukai jualan mendapat dikenakan ketika jualan tetapi pengilang memindahkan kos itu kepada penanam atau pekebun kecil bersama kos pengangkutan, penghantaran dan insurans.

“Harga CPO telah menurun beberapa tahun lalu dan terburuk tahun ini dengan harga terkini sekitar RM1,868 per tan.

“Pekebun kecil yang paling terasa berikutan kos pengeluaran lebih tinggi dengan kos pengangkutan dan pengutipan sahaja sekitar RM120 ke RM180 per tan tandan buah segar (FFB),” jelas kenyataan itu.

Justeru itu, DOPPA menyeru kerajaan negeri menstruktur semula cukai jualan dengan cadangan menurunkan kepada 1.5% jika harga CPO lingkungan RM2,000-RM2,499 per tan, 3.5% (RM2,5000-RM2,999) dan 5% (RM3000 ke atas).

Sementara itu, DOPPA juga memohon kerajaan Pesekutuan menyediakan insentif dalam bentuk subsidi baja kepada pekebun kecil perseorangan ketika waktu harga CPO jatuh ke RM2,000 ke bawah per tan.

“Tidak seperti pekebul kecil dibawah FELDA, FELCRA dan RISDA yang dibiayai kerajaan Persekutuan, mereka dibawah Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (NASH) menerima baja dan kimia subsidi bagi dua hektar setiap satu dari MPOB manakala pekebun perseorangan di Sarawak kebanyakan bergantung sendiri.

“Kos baja merangkumi sekitar 45% kos pengeluaran dan dengan harga FFB rendah maka pekebun kecil sangat sukar untuk mengekalkan tanaman mengikut standard MSPO,” ujarnya.

Sehubungan itu, DOPPA menyeru kerajaan Persekutuan dan Sarawak mendengar rayuan kami dalam menyelamatkan kehidupan sekitar 30,000 pekebun kecil Sarawak.

“Kelapa sawit telah mengangkat komuniti luar bandar daripada kemiskinan dan menjadi tulang belakang perkembangan ekonomi di kawasan ini.

“Bantulah kami untuk mengekalkan kehidupan komuniti luar bandar, yang mana bergantung kepada transformasi ekonomi luar bandar,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here