Sarawak Ambil Alih Projek Sakit Persekutuan

0
256
Penguang semasa berucap di majlis pemimpin besama rakyat di Rh. Banyah Banyi, Sungai Sebubu Tinjar, antara rumah panjang yang masih menunggu bekalan elektrik.

MARUDI: Berita baik untuk penerima projek bekalan elektrik luar bandar yang terbengkalai sejak 2015 di Sungai Peking, Sungai Sebubu, Sungai Sebatu, Bukit Limau sehingga Sungai Lamah di sini apabila kerajaan negeri akan meneruskan projek itu mulai bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datu Dr Penguang Manggil berkata, projek itu akan dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB).

Beliau berkata, projek itu pada asalnya dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Projek ini bermula pada 2015 dan sepatutnya siap September 2017, namun ia gagal dilaksanakan. Kerajaan negeri komited untuk mengambil alih projek itu memandangkan rakyat di kawasan itu sudah lama menunggu,”katanya semasa majlis pemimpin bersama rakyat di Rh. Banyah Banyi, Sungai Sebubu, Tinjar semalam.

Penguang yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan berkata, setakat ini Kementerian Utiliti (MOU) masih menunggu persetujuan bertulis daripada KPLB untuk mengambil alih projek ini di bawah skim Projek Khas Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak di bawah Pakej RM2.37 bilion.

Antara rumah yang terjejas dengan projek sakit itu ialah di Long Banyuk dan rumah individu sepanjang Long Puak, Rh Jemat Sungai Sebubu, Rh Jampang, Rh Merayang, Rh. Ludan, Rh. Marcus dan Rh. Wat Sungai Peking; Rh Galau, Rh. Jinggau, Rh. Ugak, Rh. Ruang, Rh. Anchum, Rh. Unsam, Rh. Riggie, Rh. Tindit dan Rh. Merdan di Jalan Tinjar Lapok.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here