Polis kenalpasti dalang video seks Menteri

0
225
Gambar ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mempunyai bayangan dalang utama terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Lapor Utusan Online, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati terdapat satu bentuk pakatan yang diwujudkan bagi menjatuhkan seorang individu.

“Jadi siapa sahaja yang bertanggungjawab dengan kesalahan itu, kita akan ambil tindakan.

“Tidak kira ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam, polis buta dengan semua itu. Mereka pasti akan diambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Rumah Terbuka Malam Semarak Kasih Perumahan Blok Melati PDRM di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid memberitahu, terdapat beberapa tangkapan telah dilakukan sejak 14 Jun lalu selepas bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Muhamad Haziq Abdul Aziz ditahan.

Namun, Abdul Hamid enggan mengulas lanjut mengenai jumlah dan individu yang ditahan.

“Ada saksi yang kita panggil dan ada juga telah ditahan. Kita sedang mencari siapa yang salah guna laman sosial untuk sebarkan video itu menerusi telefon-telefon bimbit yang dikesan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kertas siasatan video seks itu juga telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara sebanyak dua kali untuk tindakan lanjut.

Menurutnya,  kali terakhir kertas siasatan itu dihantar adalah pada Khamis lalu namun dipulangkan semula kerana terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil dan diteliti lagi.

“Pihak Jabatan Peguam Negara memberikan arahan-arahan tertentu untuk mendapatkan keterangan kes maka kami perlu dapatkan kenyataan daripada individu terlibat dan terpaksa berulang-alik dari Sandakan, Sabah.

“Maka ia mengambil masa yang lama untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar semula kepada pihak peguam negara untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here