Misi Pencarian Mangsa Arus Deras di Gua Rusa

0
266
Team OPS SAR Mulu mulai bergerak pada jam 0830 pagi selepas taklimat dan pembahagian tugas

MULU – Lima kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) Mulu dipecahkan hari ini, bagi mengesan seorang lagi mangsa dipercayai dibawa arus deras akibat banjir kilat di Gua Rusa pada kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, gerak kerja SAR tersebut diketuai Komander Operasi iaitu Ketua Balai Bomba Marudi, Maureen Sim Ah Lian.

Katanya, lima kumpulan ini turut dibantu kakitangan Taman Negara Mulu dan penduduk kampung yang bermula pukul 8.30 pagi tadi.

“SAR 1, ditugaskan pencarian menggunakan teknik Follow the Stream, Sweeping dan Water Surface Seaching ke arah Kawasan Deep Pool.

“Bagi SAR 2, pencarian di permukaan air dari Sungai Gua Rusa sehingga penghujung Gua Rusa,” katanya.

Semalam, operasi SAR terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat pada pukul 3.22 petang.
Mangsa iaitu lelaki warga Malaysia, Roviezal Robin, 20, setakat ini masih belum ditemukan.
Tambahnya, SAR 3 pula melakukan pencarian di celah-celah batu di dalam Gua Rusa.

“SAR 4 mencari dari Sungai Gua hingga ke Sg. Paku dan SAR 5 menggunakan bot dari sungai Paku hingga ke sungai Rusa.

“Operasi juga melibatkan seorang polis, 20 kakitangan Taman Negara dan 35 penduduk kampung termasuk abang mangsa yang merupakan jurupandu,” ujarnya.

Guide baju biru bernama willvien ialah abang mangsa yg masih hilang turut menyertai team SAR
Guide Baju Merah bernama robbie or Darring yang selamat ketika kejadian dan bersama guide yang masih hilang
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here